LHDN: Bayaran Balik Cukai Lebih Pantas
This is a blogpost for my self reference in future and might help you too, any freelancer/self-employed individual tried their e-Filing system before? If yes, how convenient is it?
Thanks for reading! Press the "Like" button and share with your friend kay? You can subscribe to TianChad @ 永遇乐, be a fans on TianChad @ 永遇乐 and follow @TianChad on Twitter for future blog post update =)
"Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjanjikan proses pembayaran balik lebihan bayaran cukai lebih cepat pada tahun ini. Ini semua dapat dilakukan sekiranya pembayar cukai memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka menggunakan e-Filing, memastikan maklumat seperti nama dan Nombor Kad Pengenalan di bank sepadan dengan rekod di LHDNM dan mengisi maklumat akaun bank mereka dengan tepat.
Pelaksanaan kaedah pembayaran balik lebihan bayaran cukai melalui kaedah Pindahan Dana Secara Elektronik (Electronic Fund Transfer @ EFT) oleh LHDNM memungkinkan masa pemprosesan bayaran balik lebihan cukai dipendekkan kurang daripada 30 hari bekerja seperti yang terkandung di dalam piagam pelanggan LHDNM. Semua proses berkaitan akan dilakukan secara dalam talian (online) dan seterusnya bayaran balik tersebut terus dikreditkan ke akaun bank pembayar cukai seperti yang diisytiharkan dalam BNCP.
Mengikut rekod, pada tahun 2011 LHDNM telah meluluskan sebanyak 1.27 juta kes bayaran balik dan daripada jumlah tersebut 285,261 kes (24%) telah diproses melalui kaedah EFT. Bilangan ini masih kurang daripada sasaran LHDNM dan telah disumbangkan oleh pelbagai faktor, di antaranya:Justeru bagi membantu kami memproses bayaran balik dengan segera, pembayar cukai adalah dinasihatkan untuk menggunakan sistem e-Filing dalam mengisytiharkan cukai pendapatan mereka dan mengisi maklumat akaun bank mereka dengan tepat dalam ruangan yang telah disediakan.
- Pembayar cukai enggan / masih ragu-ragu untuk mengisytiharkan maklumat akaun bank mereka dalam BNCP;
- Akaun bank yang diisytiharkan oleh pembayar cukai dalam BNCP mereka tidak sah, tidak aktif, telah dibekukan atau telah ditutup;
- Maklumat seperti Nama atau Nombor Kad Pengenalan atau Pasport yang diisytiharkan kepada LHDNM tidak sama dengan rekod yang didaftarkan di bank;
Sebarang maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my atau hubungi 1-300-88-3010."
Thanks for reading! Press the "Like" button and share with your friend kay? You can subscribe to TianChad @ 永遇乐, be a fans on TianChad @ 永遇乐 and follow @TianChad on Twitter for future blog post update =)
Comments
Post a Comment
Look at the brightside!! You are going to speak out! Thanks for dropping by :)