Rita Rudaini, Aidil Zafuan Kena Denda RM500
KUALA LUMPUR, 7 MEI 2010: Pelakon Rita Rudaini, 34 dan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, 23, masing-masing dikenakan hukuman denda sebanyak RM500 atau 15 hari penjara selepas didapati bersalah bernikah tanpa kebenaran.
Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Yunus Mohd Zin semalam menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan berkenaan mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Thailand beberapa tahun lalu. Rita dan Aidil didakwa berkahwin di wilayah Songkhla, Selatan Thailand pada 25 Februari 2008, kira-kira jam 9.30 malam.
Zafuan memberitahu mahkamah, dia bernikah di sana kerana tidak mendapat restu daripada keluarga.
"Tidak ada persetujuan daripada keluarga sebelah saya," kata Zafuan ketika menjawab soalan Yunus.
Pada 24 April 2009, Yunus yang membuat keputusan dalam kamar bahawa perkahwinan itu sah, bagaimanapun, memerintahkan pasangan itu melaporkan perkahwinan mereka kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti diperuntukkan Seksyen 12 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin pada 8 Julai tahun lalu.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
This article above is referred from http://www.murai.com.my. So for more gossip please visit their site.
Why suddenly I publish gossip news about Malaysia Malay Artist? Currently doing a blog traffic study and this is only one of the trial and error, let see if the result is good. No worries, another post from me will be posted up later.
pity to malay ppl . no freedom to choose their partner
ReplyDelete[winter gurl]
ReplyDeleteAiks appreciate what we have. There is always pro and con
tian chad orang malaysia memang suka gosip.. cuba letak entry gosip yang up to date,... gerenti traffic blog kamu akan naik gila-gila hehehe..
ReplyDeletemohdzaid.com
[yedkajang]
ReplyDeleteYeah I have noticed that, just that I am just not good at gossiping =)
Thanks for the advice ya~!